Yayasan Salam tubuh tabung khas Palestin

Yayasan Salam Malaysia menubuhkan tabung khas bantuan kemanusiaan penduduk Palestin

bagi membolehkan semua pertubuhan dan organisasi serta rakyat Malaysia menghulurkan

bantuan kepada mangsa- mangsa kekejaman Israel.

Tabung yang diwujudkan hasil kerjasama dengan Forum Profesional Malaysia itu

turut memberi resit pengecualian cukai kepada mereka yang menderma lebih RM50.

Hasil sumbangan orang ramai itu akan digunakan untuk membeli barangan keperluan rakyat Palestin termasuk ubat-ubatan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan kewangan melalui cek atau wang pos

dengan mengirimkan atas nama Yayasan Salam Malaysia dan menulis di belakang cek tersebut 'Tabung Palestin'.

"Orang ramai yang mahu menderma wang tunai menerusi bank pula, boleh memasukkan sumbangan ke akaun

Public Bank Yayasan Salam Malaysia di 3072 8793 02.

 

Selain itu, orang ramai boleh menyumbang terus ke ibu pejabat yayasan di 22,

Jalan Changgai 6/22, 46000, Petaling Jaya atau menghubungi talian 03-79584021

Yayasan Salam pada masa ini sedang membuat persiapan menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza

dengan bantuan NGO antarabangsa yang telah berada di sana.

Kami sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Palestin supaya

memberi kebenaran memasuki sempadan Gaza melalui laluan-laluan yang dibenarkan.

HomeAbout UsVolunteering OpportunitiesFAQsContact UsRegister as Volunteer