KERTAS KERJA PELAKSANAAN SUKANEKA
1. PENDAHULUAN
Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menerangkan program Sukaneka yang dianjurkan oleh Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia. Yayasan Salam Malaysia atau ringkasnya SALAM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan bagi menggalakkan semangat sukarelawan dan memberi peluang kepada warga Malaysia untuk melibatkan diri sebagai sukarelawan di dalam atau di luar negara.
Sukaneka adalah permainan yang menggabungkan aktiviti fizikal dan kreativiti seseorang peserta. Acara ini sering digunakan di dalam program-program berbentuk ilmiah kerana boleh merangsang minda, membina fizikal yang sihat dan memupuk semangat berkumpulan.
Untuk menjadikan program ini mencapai objektifnya dan memberi impak yang baik terhadap kumpulan sasaran, perancangan yang teliti perlulah dibuat termasuklah menyediakan sukarelawan terlatih di dalam mengendalikan sukaneka dan melakukan proses simulasi dalam sesuatu permainan.
2. OBJEKTIF PROGRAM
Memberi latihan kepada sukarelawan supaya mahir di dalam mengendalikan acara sukaneka dan memberi pendedahan kepada mereka mengenai modul-modul sukaneka supaya dapat dipraktikkan pada program-program yang bakal dianjurkan oleh SALAM.
Untuk mengeratkan silaturahim di antara Sukarelawan SALAM dengan kumpulan sasaran.
3. CADANGAN TARIKH/MASA DAN TEMPAT DIADAKAN
Program ini akan diadakan pada 15 Jun 2008 hari Ahad pada jam 8.30 pagi hingga 1 tengahari. Tempat untuk mengadakan program ini ialah di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.
Sedikit Maklumat mengenai ASDAF
Rumah Anak Yatim ASDAF di Bukit Persekutuan.
Anak yatim di sini majoritinya terdiri daripada orang asli yang datang dari Cameron Highland, Sg Siput dan Kuala Lipis.
Terdapat lebih kurang 60 anak2 yatim, berumur dari 8 tahun hingga 17 tahun. 6 orang sepenuh masa bekerja untuk menjaga kebajikan anak2 yatim ini.
Menurut pengetua di sini, Ustaz Hasmadi, kebanyakan anak2 yatim ini mempunyai keyakinan diri yang rendah, salah satu sebabnya mereka tiada ibu bapa, dan sebab keduanya mereka dari golongan orang asli..
4. PESERTA PROGRAM
Penyertaan adalah terdiri daripada penghuni ASDAF seramai 50 orang bersama 30 orang Sukarelawan SALAM.
5. ATURCARA PROGRAM
Berikut adalah aturcara program.
MASA
AKTIVITI
7.30 pagi
Sukarelawan bertolak dari SALAM
8.00 pagi
Ketibaan di ASDAF dan persiapan sukaneka
8.30 pagi
Sukaneka bermula
11.00 pagi
Sukaneka tamat
11.30 pagi
Penyampaian Hadiah
12.00 t/hari
Aktiviti Ramah Mesra dan Sesi Bergambar
12.30 t/hari
Acara tamat
7. PENUTUP
Harapan kami agar program ini berjalan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Yuran penyertaan : RM 15 (untuk membeli peralatan sukaneka, hadiah dan makanan)
Hubungi Fakri (01012-6677129) atau Diana (019 2685764) jika berminat
Home • About Us • Volunteering Opportunities • FAQs • Contact Us • Register as Volunteer